we are exactly like a building. a high tower of Lego.
once one of us is pulled out, the building demolishes
wahai kawan, sahabat & teman
mungkin juga sekadar kenalan?
tak kisah la apa pun panggilan
hari ini,
aku ingin bercerita tentang kesabaran.
terlalu hebat kan perasaan?
ahhh.. selalu sahaja dikaitkan dengan percintaan
apa kata topik diubah kepada persahabatan
terpasung oleh keimanan
pasti takkan berlaku berantakan
kita kan kawan
lainlah kalau nak jadi lawan
tak perlulah bercarut-carutan
apa kata jadikan musyawarah sebagai rutin harian?
setiap kali ada sekuman percanggahan
itu baru BUKTI orang beriman
jiwa hebat kerana kemasnya pegangan.
sesiapa pun ada buih kemarahan
api busuk yang dicampak syaitan
ingat mereka...syaitannn!!!
makhluk yang sentiasa direjam Tuhan
tak pernah lelah dengan usaha & cubaan
walau tersungkur dibenci insan.
kenapa tidak kita tanamkan kekuatan
berusaha merubah diri ke arah kebaikan
mempertahankan sikap berbatukan iman
itulah yang akan aku ulang-ulang
sampai akhir usia aku mencintai kawan
dalam cerita tentang kesabaran
iaitu
KEIMANAN
yang menjadi nadi manusia yang masih mempunyai Tuhan
dalam setiap kesakitan
janganlah ada sekuman dendam
biar membara dan menyala dengan se-alam kesabaran
bahagianya bila ramai kawan
hubungan yang sentiasa diredhai Sang Rahman
No comments:
Post a Comment