connection within 'Everything'
woooo....apa yang nyata, hati dikaitkan dengan cinta.
balik-balik benda yang sama... cinta cinta cinta
the feeling to love and be loved but mostly by humans' love
it is extremely captivating! EXTREMELYYYYYYY...
mula lah berangan sana bayangkan sinun
mandi tak kering-kering
makan tak kenyang-kenyang
tidur pun terpusing kanan terpusing kiri
tersengih sana tersengih sini
hantar SMS berbaur keIslaman
oohhhh....
"Aku mengajak kepada kebaikan ehh..."
Lorh, nak ajak kepada kebaikan hantar satu SMS je pada orang yang dah konon-konon 'tangkap cintan' tuh? Ish.. macam pelik je.
Kenapa tak hantar je pada semua orang dalam name list handphone?
Tu baru mengajak kepada kebaikan!
Paste sana sini "couple" tu haram...HARAAAAM!
Akhirnya, berusaha jugak cari satu sudut yang boleh 'menghalalkan' yang haram tu..
Macm mana tu??
Walaupun dengan tiket "kawan je~"
Hati tetap boleh runtun dengan satu "Assalamualaikum."
Jiwa boleh bergegar dengan pendeknya "Hai"
Siapa yang kalah, dan siapa yang akan menang.
Semua taktik syaitan. Tetap nak diselitkan jugak sekuman kejahatan yang berbalut kebaikan!!
Macam hantar SMS tadi lah. Hipokrit tu semua!
Semua sama, yang tudung labuh, yang bersongkok, yang tudung biasa, yang tak bertudung bla bla bla~
Pakaian tu cuma satu fenomena. Tapi perubahan diri lebih kepada perubahan hati!
Selama mana jari jemari kita boleh bertahan dengan pujuk rayu nafsu?
Selama mana hati boleh kuat untuk tak mengatakan rindu?
Selama mana kaki berjaya dikunci untuk tak bertemu?
Selagi belum ada "Aku terima nikahnya,, wahai kamu..."
Benarlah... dalam berhubung, biarlah berpada-pada.
Yang dah kawin, perlu sentiasa memperbaharui cinta mereka.
Yang belum kawin, penting untuk berkahwin dengan orang yang dicintai tapi lebih penting untuk mencintai siapa yang dikahwini.
Yang nak kawin, kenalah 'nampak' 'apa' di sebalik perkahwinan. Sebab kita masih ada Tuhan di dunia ni.
Ayat yang selalu dengar, "aku tak boleh bangun pagi lah kalau 'si fulan bin/binti fulan tak kejutkan aku'
Lorh, dia dah kejutkan... pastuh sembahyang subuh otak asyik pikir nak cepat hantar message tanya 'si fulan bin/binti fulan nak breakfast apa pagi niiii??' Pernah ke pikir sembahyang kerana Allah? kerana Allah yang paling layak untuk dapat perhatian kita semasa kita bersolat? Kerana Allah yang paling layak untuk disembah. bukan kerana ganjaran2 yang Allah janjikan!
Sambung yang tadi,
Soalan biasa, "buat apa hari nih?". Sampai benda2 remeh nak beli nasi nak makan pun nak kena bagi tau & nak mintak izin jugak ke? Nak puasa esok nak bagi tau jugak ke? Perkenalan tu tak salah. Tapi cara berkenalan tuuuuu..... tak mau komen la. Facebook, Friendster, MySpace, YahooMsger, Skype, Ovoo... entah macam2 jadah binatang planet mana tiba2 timbul, merupakan 'bilik' bukak baju & adik beradiknya. Bila hati dah sayang, mula lah hati melayang, semuanya halalan lagi toyyiban. Bermulalah kat hati yang dah sayang, sedikit gangguan daripada sentuhan hujung jari syaitan.....
*p/s: "Couple Islamik...??? Couple kafir???" amendelah~
afwan Ya Allah, afwan!! Yang berbicara ni pon bukanlah baik malaikat. cuma peringatan supaya tak dijerat. afwan Ya Allah, afwan!!
* * *
Only those believe in Our Signs, who, when they are recited to them, fall down in prostration, and celebrate the praises of their Lord, nor are they (ever) puffed up with pride.
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
as-Sajda:32:15
No comments:
Post a Comment