i can do it! Can do it! Can do it!
Terasa diri masih belum bersedia. masih takut-takut. masih gentar. masih tak yakin. Ini bukan kerana persembahan deklamasi sajak yang selalu menuntut aku untuk naik pentas. Tapi kali ini, persembahan yang lebih besar. Lebih hebat. Ada kaitannya dengan Tuhan. Persembahan untuk Tuhan. Sebab sekecil-kecil inci tanah yang kita pijak, yang kita injak, inilah pentas ciptaan-Nya. Dia-lah penonton setia kita. Andai persembahan ini merupakan pertandingan, maka Dia-lah pengadilnya. Dia jugalah 'camera-man', yang merekod setiap hon pergerakan. Adakah kita mampu bertahan di atas pentas? Adakah kita mampu membawa watak seperti mana yang telah ditetapkan? Adakah kita akan meletakkan komitmen dalam semua perbuatan? Itu semua tanggungjawab. dan benarlah kata-Nya, "tanggungawab pernah di'offer' kapada gunung-gunung, bukit-bukit, tetapi tiada satu pun yang sanggup memikulnya. Maka manusia telah bersetuju untuk menggalas apa yang dinamakan tanggungjawab. Betapa bodohnya manusia". Betapa bodohnya manusia, menerima tugas untuk mengangkat sesuatu yang teramat berat, yang akhirnya dibiarkan begitu sahaja. Setiap kali terfikir akan tanggungjawab, aku takut. Aku jadi malu sendiri. Risau dan bimbang, bimbingan yang bakal aku beri tak mampu menolak mereka ke syurga. Gelisah akan kebolehan diri memberi yang terbaik buat yang tersayang. Semua aku sayang. Cuma adakalanya, rasa ini mati kerana kekhuatiran yang tercipta. Aku malu, mungkin kerana aku tak sehebat mereka. Mungkin mereka juga malu, kerana mereka tak seperti aku. Tapi bagaimana? Inilah resam dunia. Saling melengkapi. Kau mengingatkan, dan aku melaksanakan. Tetapi, sedalam mana sekalipun rasa ini, biarlah segalanya bermula dengan keimanan (apa khabar iman hari ni?). Biar segalanya bertitik tolakkan nama Tuhan. Mungkin dia akan membantu. Mungkin Dia sentiasa dalam hela nafasku.
No comments:
Post a Comment