Jika kau benar cinta,
kau akan lebih ikhlas daripada ikhlas
dan lebih redha daripada redha.
Jika aku benar cinta,
aku akan lebih ikhlas daripada ikhlas
dan lebih redha daripada redha.
Jika kita benar cinta,
kita akan lebih ikhlas daripada ikhlas
dan lebih redha daripada redha.
Jika benar kau, aku, dan kita faham,
bahawa cinta bukan milik bertiga
tapi milik-Nya.