Monday, November 22, 2010

the 27th page

we move from 1 to another space in times. Sometimes, we play alone. We lose turn, and redo. there's just no u-turn


aku mendengar untuk memekakkan
aku melihat untuk membutakan
aku berbicara untuk membebaskan
aku berjalan untuk meredakan
aku berlari untuk menjauhkan
aku bangun untuk memisahkan

kadang kala terkalahkan
maka aku sembunyikan air mata
di sebalik hilai tawa dan lakonan kegembiraan
siapa yang tahu akan aku?
maka dia penipu!

kerana aku tahu telah ditinggalkan
kau juga ditinggalkan
kita semua sedar ditinggalkan
oleh masa yang tak setia dan
tak pernah setia
bersama memori yang membusukkan jiwa!
lalu aku terjaga dan
aku yang dahulu ialah Siapa..
di tengah dunia baru yang
melarutkan aku dalam angin
yang dihantar dari damai sana.
Nyatakan yang aku masih dalam doa mu.

Saturday, November 20, 2010

the 26th page (Renjisan Kedamaian)

Guide my steps don’t let me go astray


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau janjikanku dengan ayat-ayatMu
Di sana menanti di syurga Kau penuhi
Dengan cinta dan kasihMu
Ya Rabbi


Dalam Sujud Cintaku_Devotees

Sunday, November 7, 2010

the 25th page

Sudi kembali padaku?



Tentang HATI, cuma Tuhan yang tahu.

Tentang SAKIT, cuma Tuhan yang tahu.

Tentang AKU, cuma Tuhan yang tahu.

Tentang RINDU, cuma Tuhan yang tahu.

Tentang KAMU, cuma Tuhan yang tahu.



Mengapa kau membisu? Aku perlu tahu!
Kerana jiwa aku adalah separuh jiwamu,
dan aku perlukan jiwaku!
Aku tidak mahu mati dengan jiwa yang merana,
Aku mahu pergi bersama jiwa yang bahagia...