Monday, December 31, 2012

Exit 8 (the spark that turned into so many likes)





hampir orang yang saling menyayangi itu,
tidak langsung perlu berkata apa.
kerana pandangan dan perbuatan saja
sudah cukup buat bicara.

aku tidak memandang rendahmu
kerana aku tidak memandang rendahku.


Monday, December 24, 2012

Exit 7 (we learn in The School of Symphony)






Saat aku cemburu dgn kelebihan orang lain
yang tidak diberikan padaku,



aku terus melihat kekurangan orang lain
yang tidak diberikan padaku,



lalu aku tertunduk yang amat malu
dalam sendu pada Tuhanku.





Monday, December 17, 2012

Exit 6 ( dan aku maafkan kamu)



Sekeping hati yang koyak
Sehelai hati yang carik
Seutas hati yang putus
Sebatang hati yang patah
Sebuah hati tenggelam
Sebilah hati yang tumpul
Sebidang hati yang banjir
Sebentuk hati yang kemek
Secucuk hati yang tajam
Sebuku hati berkulat
Sebiji hati yang kecil
Sebutir hati yang halus
Secubit hati yang tawar
Seekor hati yang lemah
Serumpun hati tercabut
Segugus hati yang berat
Sekepal hati yang peroi
Senaskhah hati yang pudar
Selonggok hati terbakar
Sepotong hati yang hilang
Setangkai hati yang longgar
Sebelah hati yang kamu
Separuh lagi yang aku
Sebenarnya penuh rindu.


Wednesday, December 12, 2012

Exit 5 (the My Way)





Pengorbanan yang paling besar ialah,
pengorbanan yang sepi.
Tidak dicanang pengorbanan itu.


-bb-



Sunday, December 9, 2012

Exit 4 (faith of fate)





Berikan aku ruang
untuk aku berkelana seketika.
Berikan aku ruang
hanya untuk seketika,
mendalami Tuhan,
Demi secebis rahmat-Nya.






Wednesday, December 5, 2012

Exit 3 ( we claimed to be each others' saviour)


        




       RINDU itu SAKIT

       SAYANG itu TULUS
  
       CINTA itu DASYAT
   
       SABAR itu INDAH
    
       ALLAH itu HEBAT.